Sunday, 7 July 2019

Program Perantis Guru 1 (PPG 1) - My Experience

Hi , everyone,
thank you and welcome to my blog.
Today i want talk about my experience when i go for PPG 1
22/01/2019  I go PPG 1 ,
before that day coming, i quite nervous
because i have no idea,
I dun know what need to do even there have guideline.
I dun know is the teacher still remember me,
I dun know is that just me alone,
I dun know where i need take the document
who i need to meet.

Today i want share what i did when PPG 1,
I remember the first day I go to the shcl
The teachers ask is that i'm cikgu ROS
They said us is cikgu ROS, not rose o
Then wait for the headmaster come,
we meet headmaster, then he arrange a teacher for us
hmm , yes, that day also have 1 UPSI student with me
So not me alone, at that day i also pass up my surat lapor diri to headmaster to sign.


After that, i follow a biology teacher and sit at the office.
I learn a lot from her, she is guru cemerlang.
She very awesome and nice,
She teach me a lot and invite me go to observe how she teach student so I can learn a lot
She also teach me how to become a good teacher
which is a good teacher is your student is no need go for tuition
Beside that i learn a lot like what attitude i should have if i become a teacher
She invite me to observe how she teaching and she really teach me a lot 


Beside that, at that time is sukan time,
Other teacher also ask us to join ,
I go there to learn, that is my first time to become penjaga  masa,
At that activity, i also join how to make buku log and meeting.
Hari sukan time 

This is my first time, learn a lot 


Next, I also learn PAK 21.
A teacher also teach us how to use digital thing to teach student
I only found that there have many way to teach student
Is a new thing to learn.
PAK 21


Then, i go office to collect information that i need put in report.
I need to type one by one because dun have softcopy.
At PPG 1, i really learn a lot.
Thank you so much to all the teacher who teach me.
Gotong-royong time and i remember that day is saturday 

Ya, even gotong-royong at saturday also will have food. 

This is another teacher teach me about PAK 21

yes, there always got food. hahahaha

Hari Sukan 

Thank you for finish read all the post
And very sorry if have any mistake
( I learn and try to write in english.)

Sunday, 30 June 2019

Tajuk 14 : Pembelajaran Abad 21

Tajuk 14 : Pembelajaran Abad 21


Pembelajaran abad ke 21 ialah kaedah pembelajaran yang digunakan oleh   guru  di dalam PdP berpusatkan murid serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid. Pembelajaran ini juga bertunjuangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan di Malaysia.  Pembelajaran abad ke 21 juga merupakan satu bentuk pembelajaran yang memerlukan isi kandungan sambil menghasilkan, mensintesis (penyatuan atau pengabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai matapelajaran dan sumber-sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Sejajar dengan peredaran masa, kaedah pembelajaran ini juga menggunakan teknologi ICT dalam menjalankan proses PdP kerana kecanggihan teknologi kini memudahkan informasi diberi kepada pelajar. Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai pemudah cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pembelajaran abad ke 21 ini pelajar dititikberatkan dengan  empat ciri penting atau dikenali sebagai 4C iaitu komunicasi (communication), kreativiti (creativity), kolaborasi (collaboration) dan pemikiran kritis (critical thinking).  Antara kemahiran yang perlu dikuasai dalam pembelajaran abad ke 21 seperti kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi dan juga kemahiran hidup dan kerjaya.
Antara elemen yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke 21 ini seperti kreativiti dan inovasi, fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, berinisiatif dan mempunyai haluan diri, komunikasi dan kolaborasi, kemahiran sosial dan antara budaya, literasi maklumat, produktiviti dan akautabiliti, literasi teknologi, maklumat dan komunikasi, dan juga kepimpinan dan tanggungjawab.
Kaedah pembelajran ini juga  mempersiapkan setiap pelajar dengan jasmani, emosi, rohani dan intelek yang seimbang dan cemerlang.  Daripada penerapan kaedah pembelajaran abad ke 21 ini, pelajar diharapkan dapat menjadi seorang yang berupaya membuat hubungkait, bijak menyoal,  yakin berkomunikasi, dahagakan ilmu, berani mengambil risiko, ingin tahu, menjana idea, fkesibel, tidak berputus asa, mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani mencuba, mampu berfikir sendiri, berinisiatif', mampu bekerja dengan orang, membuat perubahan, berintegriti dan akhir sekali mampu bekerja dengan orang.
Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Kaedah pembelajaran ini membuktikan bahawa pendidikan di Malaysia kini menuju ke arah kemajuan dan lebih moden.

Peta Minda


Rujukan


Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad. (2017). Model Bersepadu Penerapan
Kemahiran Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( Integrated Model of Infusing
21st Century Skills in Teaching and Learning ). Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 1-11.
Diperoleh daripada
http://ejournal.ukm.my/jpend/article/viewFile/19590/6193


Saadiah Ismail & Seri Nur Nadia Koris. (2018, April 8). Pembelajaran Abad Ke-21 Mudahkan   
            Pelajar,Guru.  Berita Harian, 52. Diperoleh daripada
artikel-https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/409028/pembelajaran-abad-ke-21-mudahkan-pelajar-guru


Mohit Chakrabarti. (2005). Education in the 21st Century. Delhi. Kalpaz Publications.

Tajuk 13 : Pengurusan Alam Pembelajaran

Tajuk 13 :  Pengurusan Alam Pembelajaran


Pengenalan
DEFINISI PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Alam pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar para pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurusan alam pembelajaran juga penting supaya sesi pembelajaran dalam kelas dapat berjalan dengan lancar dan tidak timbul masalah terlebih atau terkurang semasa mengajar.
Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
ASAS KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA SEORANG GURU UNTUK MENGURUSKAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 1. Pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar - ditegaskan oleh Bartlett (2004), beliau menyatakan seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya. Secara tidak langsung akan menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya di bilik darjah. Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan guru. Guru pula mampu mendekati pelajarnya, memilih teknik yang paling sesuai untuk mendidik dan seterusnya mendorong mereka untuk terus berusaha ke arah peningkatan kecemerlangan akademik serta sahsiah diri mereka.
2. Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah - Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika guru mengambil kedatangan pelajar, penggunaan cecair pemadam, bagaimana prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. .
3. Perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah - Kronowitz (2004) mencadangkan agar guru menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa yang terluang dalam satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah mereka tetapi masih mengekalkan budaya belajar pada ruang tersebut seperti perpustakaan mini. Ruang ini bolehlah dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan unik agar pelajar merasa selesa dan tenang.
CARA SESEORANG GURU MEMBENTUK SUASANA YANG KONDUSIF DALAM MENGENDALIKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMUNIKASI
• mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran- kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan.
• Dapat menghasilkan motivasi yang berkesan.
• Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah.
• Dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar dengan lebih mudah dan berkesan

KEPENTINGAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
ELEMEN-ELEMEN PENTING YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM MEMASUKI KELAS
• Kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.
• Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.
Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.

Peta Minda 


 Rujukan 

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI              ZON BANDAR DAERAH KOTA TINGGI. (2018). [Ebook]. Retrieved from                              


 Noormala, Ali, Mohamed Sharif Mustafa. dan Roslee Ahmad. (t.t.). Pendekatan temubual
         sebagai metod kajian kes. suatu persepsi di kalangan pelajar perempuan cemerlang
         terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. hlm.1-12. Diperoleh daripada

Topik 2 Kajian Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar. (2018). Retrieved from
          Pelajar

Tajuk 12 : Sekolah dan Persekitaran

Tajuk 12 :  Sekolah dan Persekitaran 

Sekolah merupakan satu institusi untuk menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Sekolah juga berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat social bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk mencapai objektif tersebut, sekolah juga memerlukan bantuan daripada persekitarannya supaya objektif dan matlamat sekolah  dapat dicapai dengan jayanya. Persekitaran sekolah juga merupakan perkaitan antara pendidikan dan globalisasi. Hal ini kerana, sekolah pada masa ini telah menggunakan teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sekolah pada abad ke-21 kini telah diletakkan ‘smart TV’ di dalam kelas bagi tujuan pengajaran yang lebih baik. Dengan cara ini, pelajar juga akan didedahkan dengan ilmu yang berkonsepkan pendidikan globalisasi secara meluas.
Pendidikan dan globalisasi telah mendapat tempat di sekolah-sekolah Malaysia untuk kekal
maju dengan teknologi serta tidak ketinggalan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan

Sekolah dan persekitaran merupakan satu hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam mencapai matlamat dan objektif sekolah. Tujuan hubungan ini dijalinkan kerana sekolah merupakan sebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan komplek serta merupakan sebahagian daripada masyarakat. Kurikulum yang dijalankan di sekolah juga sejajar dengan keperluan masyarakat iaitu ia dapat mengekalkan nilai-nilai, norma-norma, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat. Hubungan sekolah dengan masyarakat ini sebenarnya penting untuk memudahkan sekolah menjayakan program sama ada yang melibatkan aktiviti luar ataupun tidak.  Selain itu, masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seorang pelajar. Kerjasama antara sekolah dan komuniti luar secara tidak langsung  membantu sekolah untuk mengawal pelajar dan juga membantu dalam kecemerlangan sekolah.

 Penglibatan ibu bapa di sekolah juga amat penting. Jika ibu bapa rapat dengan sekolah, mereka akan faham akan apa-apa program yang dibuat oleh sekolah adalah demi kecemerlangan anak mereka nanti dan mereka akan menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai program tersebut. Situasi seperti ini akan mampu melahirkan masyarakat madani yang akan menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar.Justeru itu, PIBG ditubuhkan sebagai satu platform untuk memudahkan guru-guru dan ibu bapa berbincang dan bertukar-tukar pendapat untuk  membantu murid-murid terutama murid-murid yang lemah dalam pelajaran dan juga untuk membantu meningkatkan lagi prestasi sekolah.

            Akhir sekali, Semua pihak, tidak kira masyarakat guru, ibu bapa mahupun pelajar itu sendiri perlu bersedia dan peka dengan setiap perubahan yang berlaku di dalam pendidikan  dan berganding bahu untuk meningkatkan taraf pendidikan di negara ini.

 Peta Minda 

Rujukan 
Abd Razak Zakaria & Norani Salleh. (2011). Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan 

ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah (family context and its
relationship with parental involvement in their children’s education in secondary schools).
Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 35-44. Diperoleh daripada


Nasional Berita Harian. ( 2010, Julai 4). Masyarakat berhak tegur kes pelajar di luar sekolah. Berita
Harian, 11. Diperoleh daripada
http://10.16.0.236.ezpustaka2.upsi.edu.my/eget/docs/2010/19346_1289201846.pdf



Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Guru sebagai Pendorong Dalam Darjah (Edisi Kemas                     Kini). Kuala Lumpur: PTS Consultants sdn bhd.


Tajuk 11 : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Tajuk 11 : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya


Pengurusan murid pelbagai upaya ini sangat penting di dalam sesebuah sekolah kerana ia merupakan salah satu unit pengurusan pembelajaran. Pengurusan murid ini penting kerana ia membantu sekolah dalam menguruskan setiap murid tidak kira murid tersebut  dalam pendidikan khas ataupun tidak. Sebagai contoh kaedah pengurusan murid yang dijalankan di sekolah bagi pelajar yang   lemah dalam menguasai 3M iaitu mengira, membaca dan menulis seperti menyediakan kelas pemulihan, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Keberkesanan  menggunakan kaedah sebegini mungkin tidak menyeluruh tetapi sedikit sebanyak membantu pelajar yang lemah ini dalam pelajaran mereka. Antara kaedah lain yang digunakan di sekolah untuk menguruskan pelajar seperti melalui pengurusan rekod dan motivasi murid. Melalui pengurusan rekod, pihak sekolah dapat menilai kehadiran, disiplin, penilaian dan kokurikulum setiap murid. Dari pengurusan rekod inilah, sekolah dapat mengenalpasti murid-murid yang lemah dari segi pelajaran mereka. Fungsi motivasi murid ini pula adalah untuk mwmbangkitkan minat murid, menarik perhatian mereke dan juga merupakan nilai persaingan atara sesama murid. Motivasi murid ini  terbahagi kepada dua iaitu insentif dan motif. Insentif disampaikan secara ekstrinsik atau melalui markah, gred, atau penghargaan. Melalui cara ini, murid akan lebih bermotivasi untuk terus memperoleh kecemerlangan. Motif pula merupakan penggerak, bertindak atau mengarah tingkah laku. 

Pengurusan murid ini juga merupakan satu kesediaan murid belajar tidak kira dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap pelajar mempunyai kemampuan dan kekurangan yang berbeza-beza. Setiap kelompok murid yang lemah  memerlukan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka
dapat diatasi secara berperingkat (Berita Harian, 2009). Sebagai contoh, pelajar yang lemah menguasai 3M selalunya mempunyai masalah hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap pembelajaran. Jadi salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan menggunakan alat muzik dalam proses P&P. Dengan adanya pengurusan murid yang baik dan sistematik di sekolah secara tidak langsung dapat membantu murid-murid yang lemah di sekolah.

pengurusan murid pelbagai upaya ini juga salah satu cara membantu murid-murid dalam pendidikan khas. Murid-murid dalam pendidikan khas sama ada yang mengalami kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted) perlulah diutamakan dan tidak dipinggirkan oleh mana-mana pihak. Dengan tertubuhnya sekolah pendidikan khas, secara tidak langsung membantu setiap murid yang kelainan upaya ini untuk menjalani kehidupan mereka sama seperti murid-murid yang lain dan bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas iaitu  pendidikan khas ini merupakan satu usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara. Antara inisiatif yang telah dijalankan untuk membantu murid berpendidikan khas (pekak) dalam pelajaran seperti pendekatan bahasa isyarat orang pekak (BIOP). BIOP menggunakan
isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada murid pekak (Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 2004).

Akhir sekali, pengurusan murid ini juga dapat dijalankan dengan sebaiknya sekiranya pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat turut bersama-sama bekerjasama dalam menjayakannya. Peranan ibu bapa khususnya amat penting dalam membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran kerana kebanyakkan pelajar yang lemah dalam pelajaan ini kebanyakkannya mempunyai masalah dari sudut pemakanan, kesihatan dan persekitaran mereka. Dengan adanya sokongan dan dorongan yang baik  daripada ibu bapa dapat membantu sedikit sebanyak perkembangan murid-murid yang lemah tersebut. Guru-guru  juga harus menilai murid-muridnya dari segala aspek untuk memudahkan sesi p&p dan hasilnya serta membantu dalam penyelesaian masalah dalam kalangan murid-murid.

 Peta Minda

Rujukan 
Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed. (2004). Penguasaan bahasa melayu dalam kalangan

                murid pekak : suatu sorotan dari perspektif linguistic. Jurnal Bahasa, 4(4), 639. Diperoleh
                daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22983/2_Penguasaan_Bahasa_Melayu_dalam_Kalangan_Murid_Pekak.pdf


Khairina Yasin. (2009, November 3). Penguasaan 3M ; laksana pelbagai kaedah P&P ikut kategori
murid. Berita Harian, 22.  Diperoleh daripada


Rao, V.K. (2002). Special Education. New Delhi: S.B. Nangia, A.P.H  Publishing Corporation.

Tajuk 10 : Pengurusan Pelbagai Budaya

Tajuk 10 : Pengurusan Pelbagai Budaya


Pengurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya adalah penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu memberi implikasi kepada semua warga di dalam sekolah, termasuklah pendidik dan anak didik. Di dalam sesebuah sekolah akan wujud pelbagai budaya yang dipraktikan oleh pelajar yang mampu mempengaruhi suasana pembelajaran mereka. Budaya merupakan sesuatu yang dikongsi oleh sekumpulan masyarakat. Sesuatu budaya dipelajari melalui proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, sekolah juga merupakan sebuah tempat khas untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, iaitu sesiapa yang belajar di situ serta menerima ilmu pengetahuan dari tempat tersebut.

Terdapat beberapa aspek yang perlu ada dalam pengurusan pelbagai budaya. Antara aspek yang perlu ada adalah belajar secara berkumpulan. Hasil dari pemerhatian di dalam kelas 2 Inovatif, budaya belajar secara berkumpulan yang ditunjukkan oleh para pelajar. Pemilihan ahli kumpulan terdiri daripada kaum Melayu dan India mengikut jantina yang sama dan ditentukan oleh guru. Pelajar kurang memberi perhatian semasa set induksi terutamanya kepada kumpulan pelajar lelaki. Perbincangan dalam kumpulan lebih terserlah dalam kalangan pelajar perempuan, ini kerana pelajar perempuan lebih memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di hadapan kelas.

Aspek kedua adalah budaya berinteraksi sesama kaum. Budaya berinteraksi antara pelajar menunjukkan mereka berkomunikasi sesama kaum mereka sendiri dengan menggunakan loghat atau bahasa ibunda masing-masing. Pelajar kaum India masih menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam kelas apabila berinteraksi dengan rakan-rakan sesama kaum. Majoriti pelajar lebih selesa bergaul dengan rakan daripada kaum yang sama dan semua bentuk interaksi seperti pengalaman peribadi, perbincangan agama, budaya dan hobi serta perkongsian rahsia lebih menjurus kepada rakan daripada kaum yang sama. Oleh itu, budaya berinteraksi antara pelajar perlu diwujudkan bagi mengelakkan wujudnya jurang sosial yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Aspek yang ketiga adalah budaya tolong-menolong. Definisi tolong menolong adalah sikap saling membantu untuk meringankan beban orang lain dengan melakukan sesuatu. Bantuan yang dimaksudkan itu berbentuk bantuan dari segi tenaga, waktu, ataupun dana. Dari apa yang diperhatikan, budaya tolong- menolong ditunjukkan oleh pelajar perempuan kaum India tingkatan Dua Inovatif apabila pelajar tersebut membersihkan papan putih dan melakukan kerja secara sukarela sebelum pembelajaran di dalam kelas bermula.

Aspek yang keempat pula adalah budaya tingkah laku pelajar. Budaya ini dapat dilihat apabila pelajar Islam membaca doa sebelum belajar manakala pelajar kaum India menghormati keadaan tersebut. boleh mengikut arahan guru dengan betul. Kebiasaan pelajar-pelajar bukan Islam akan bertafakur dan membaca doa mereka di dalam hati. Hal ini dapat memupuk nilai bertoleransi dan hormat menghormati dalam diri setiap pelajar walaupun berbeza kepercayaan dan pandangan dalam agama masing-masing.
Tambahan pula, suasana harmoni dan aman dapat diwujudkan di dalam kelas tanpa ada sifat bias dalam agama.

Aspek yang kelima pula adalah budaya bertanya di dalam kelas. budaya bertanya di dalam kelas ini ditunjukkan semasa perbincangan dalam kumpulan lebih terserlah dalam kalangan pelajar perempuan. Hal ini dapat dilihat melalui pemantauan setiap kumpulan, pelajar perempuan lebih berfokus dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja manakala pelajar lelaki pula lebih berkonsepkan santai dalam menyiapkan kerja. Tambahan pula, pelajar perempuan lebih cenderung untuk bertanya sesuatu ketidakpastian berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki hanya bertanya sekiranya guru itu datang memantau kumpulan mereka. Setiap individu mempunyai cara belajarnya tersendiri tapi dari segi perspektif jantina, trait personaliti dalam belajar hampir sama bagi lelaki dan perempuan.

Aspek yang terakhir dalam  pengurusan pelbagai budaya pula adalah budaya membaca. Guru menerapkan budaya membaca di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran ini berlaku. Guru meminta beberapa pelajar untuk membaca ringkasan
mengenai ‘Jata Negara’ dan meminta para pelajar yang lain untuk mendengar dan
menyemak bacaannya. Tujuan budaya membaca digalakkan di dalam kelas ini bukan sahaja untuk meningkatkan literasi tetapi untuk mendapatkan pemahaman dari apa yang telah dibaca sebelum guru menerangkannya. Selain itu, budaya membaca ini juga membantu pelajar untuk aktif mencari isi dan maklumat-maklumat yang penting untuk membuat ringkasan.

Kesimpulannya, budaya dalam konteks pendidikan semasa,budaya di sekolah
merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Pelajar akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dipelajari . Sebagai pendidik,adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Hal ini penting agar pelajar yang keluar dari alam persekolahan itu nanti mempunyai budaya yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bahkan, dalam kepelbagaian budaya ia merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Strategi ini juga seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian budaya yang ada di negara ini supaya matlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang wujudnya pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam masyarakatnya serta terdapat pula persamaan-persamaan dalam budaya berbagai dapat dicapai. Oleh itu budaya sekolah yang positif perlu dititikberatkan untuk menjamin kelancaran dan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Peta Minda


Rujukan

Colin Gallagher (2015). Minecraft in the classroom. Peachpit Press. 58-59

Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam
: Cabaran dan Harapan. Seminar Pedagogi Antarabangsa ke(PEDA8). Abstrak diperoleh daripada: https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dal
am_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan


Tajuk 9 : Pengurusan Penasihatan Murid

Tajuk 9 : Pengurusan Penasihatan Murid


Penasihatan merupakan nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Seterusnya, Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.
Terdapat tiga komponen utama dalam penasihatan murid iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan ialah perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Penasihatan ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. MeNtoring pula ialah perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee.
Kewujudan pengurusan penasihatan murid memberi pelbagai impak terhadap pelajar dan juga sekolah. Penasihatan murid juga membantu guru untuk melakukan pengawasan tingkah laku murid. Pengawasan ini dapat membantu guru untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid supaya penyelesaian dapat dilakukan bersama. Selain itu, penasihatan murid ini juga berperanan sebagai pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan seterusnya mampu melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang intelektual malah daripada sudut rohani dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan murid yang seimbang. Penasihatan murid juga dapat menjamin suasana sekolah yang aman dan harmoni.
Penasihatan murid dilihat dapat memberikan pelbagai impak positif. Namum begitu, jika penasihatan murid ini tidak dijalankan di sekolah, ianya akan mengundang kepada masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar. Jika masalah tingkah laku tidak dapat dibendung, pencapaian akademik individu juga secara lansung atau tidak lansung akan menurun. Di samping itu, tanpa pengurusan penasihatan murid yang efektif, guru tidak mampu mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar. Oleh itu, pelajar yang bermasalah akan kekal bermasalah dan kualiti sesebuah sekolah akan merosot.
Guru antara orang yang terdekat dengan murid. Ketika di sekolah, guru bertindak sebagai ibu bapa kedua selepas ibu bapa kandung murid. Dalam usaha membantu murid-murid yang bermasalah, guru hendaklah membentuk satu hubungan yang akrab dan mesra bersama murid supaya murid kurang berasa malu untuk merujuk kepada guru jika mempunyai sebarang masalah. Selain itu, seorang guru hendaklah membantu murid untuk meningkatkan keyakinan mereka dengan cara tidak merendah-rendahkan atau bertindak memalukan murid di hadapan murid lain. Namun begitu, seorang guru juga hendaklah memberikan tumpuan juga terhadap pelajar yang tidak bermasalah, bukan hanya yang bermasalah sahaja.
Secara amnya, bimbingan dan penasihatan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja manakala kaunseling dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling. Hal ini kerana, kaunselor yang bertauliah lebih arif untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kerana mereka lebih terlatih. Kaunselor juga berupaya untuk merancang segala tindakan susulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Peta Minda



Rujukan


Puteri Hayati Megat Ahmad. (2017). Kemahiran dan pengurusan kes-kes kaunseling.         Kota                          Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.



Safura Ahmad Sabri, Hazlin Falina Rosli, Nurzakira Afnee Zakaria, Ahmad Fatin Mohamad Suhaimi            & Mohammad Aizham Mohammad Kassim. (2016,      November). Peranan Program 

Mentoring Dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar          Proceeding of the 3rd International                               Conference on Management & Muamalah       2016 (3rd ICoMM). Abstrak diperoleh                            daripada             http://conference.kuis.edu.my/icomm/3rd/eproceedings/IC-035.pdf

Fauziah Hanim Jalal, Nurul Ain Daud & Nazariah Abd Samad. (2015). Kesan        Program                              Pembangunan Sahsiah Terhadap Pembentukan Karakter Pelajar.     Jurnal Bitara Edisi                         Khas, 8(1), 2-18. Diperoleh daripada             http://www.myjurnal.my/public/article-                             view.php?id=95849

Tajuk 8 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin

Tajuk 8 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin


Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan murid kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif juga dimaksudkan dengan tingkah laku bermasalah. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu dan merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah
Disiplin dapat ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan yang dapat diterima oleh masyarakat. Disiplin ialah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada pelajar bagi mengawal tingkah laku agar tingkah laku yang diinginkan dapat dicapai. Pengurusan tingkah laku membawa makna satu rancangan dalam modifikasi tingkah laku bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan menggunapakai teknik yang seusia. Guru memainkan peranan penting dalam pengurusan tingkah laku dan disiplin. Seorang guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya secara jitu dan padu kepada pengetua supaya masalah salah laku dan disiplin dapat dikawal dan dibanteras. Konteks memberikan kerjasama yang jitu dan padu ini termasuklah mengawal bilik darjah serta mengawasi disiplin murid-murid di sekitar sekolah dan juga ketika kegiatan-kegiatan rasmi yang berlansung sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.
Dalam menguruskan tingkah laku dan disiplin, terdapat beberapa teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan dan dilaksanakan. Antaranya ialah peneguhan, dendaan, ‘times out’, ‘reverse psychology’, ‘shaping’, token ekonomi dan kontrak lisan atau bertulis. Peneguhan terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Lazimnya, peneguhan positif ini berbentuk ganjaran dan akan menggembirakan si penerima. Selain itu, peneguhan negatif ini bertindak sebagai penghalang kepada tingkah laku yang tidak diingini serta mengelakkan tindakan yang diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Tingkah laku biasanya berulang kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan dan menyakitkan.
Selain itu, dendaan biasanya dilaksanakan bagi memberi pengajaran dan menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Namun begitu, terdapat impaks negatif daripada teknik dendaan ini seperti murid yang dikenakan denda berpotensi untuk memberontak dan membenci guru yang mengenakan denda. Teknik modifikasi tingkah laku secara ‘reverse psychology’ pula dilaksanakan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Di samping itu, ‘shaping’ ialah proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan. Token ekonomi juga salah satu teknik modifikasi tingkah laku yang dilaksanakan secara bersistem untuk membahagikan beberapa peneguhan simbolik yang akan ditukarkan kepada peneguhan yang didiidamkan seperti merit, markah dan peratus. Teknik modifikasi tingkah laku yang seterusnya ialah kontrak yang boleh dilaksanakan secara lisan atau bertulis. Contohya, membuat kontrak formal dengan pengetua dapat meyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan.
Pengurusan tingkah laku dan disiplin memainkan peranan yang penting demi keharmonian dan keamanan pihak sekolah. Masalah tingkah laku dan disiplin ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ianya boleh disebabkan oleh faktor rakan sebaya, faktor keluarga, kesedaran pelajar, agama, teknologi dan perkauman. Langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan tingkah laku dan disiplin. Pihak sekolah juga memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah tingkah laku dan disiplin ini. Bimbingan kaunseling, program motivasi dan ceramah boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk membanteras masalah tingkah laku dan disiplin. Ibu bapa juga haruslah memberikan perhatian yang secukupnya terhadap anak anak. Jenis-jenis salah laku devian ada empat iaitu inovasi, undur, ritual dan menentang. Akhir sekali, pengurusan tingkah laku ini haruslah diberi perhatian kerana pelbagai kesan buruk akan terjadi jika sekiranya tiada pengawasan tingkah laku dan disiplin.


Peta Minda


Rujukan


Khalim Zainal. (2014). Pengurusan disiplin murid. Bangi, Selangor: Universiti       Kebangsaan Malaysia.

Noor Mohamad Shakel Hamid. (2017, Julai 12). Tangani masalah disiplin secara    bersepadu.
Utusan.  Diperoleh daripada   http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tangani-masalah-disiplin-secara-berse     padu-1.501603

Muhammad Faizal A. Ghani. Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu &
           Kenayatullah. (2017). Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan
          luar bandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1), 7-
           24. Diperoleh daripada http://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282

Tajuk 7 : Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran

ajuk 7 : Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran 

Strategi pengurusan bilik pembelajaran pula merupakan satu proses atau kaedah yang memerlukan guru dan pelajar bekerjasama mengurus bilik pembelajaran dan bilik pembelajaran agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan serta memastikan keadaan- keadaan bilik pembelajaran dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Strategi pengurusan bilik pembelajaran terbahagi kepada 3 unsur penting iaitu unsur fizikal bilik pembelajaran, interaksi dalam bilik pembelajaran dan mengurus iklim pembelajaran yang positif.
            Dalam unsur fizikal bilik pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu cara penyusunan bilik pembelajaran yang meliputi susunan meja, kerusi dan guru, pengurusan rutin bilik pembelajaran dan penyimpanan rekod. Dalam peyusunan bilik pembelajaran ialah berasaskan pembelajaran abad ke 21( PAK-21). Sebagai  contohnya, susunan meja adalah berkumpulan dan terdiri darupada empat hingga lima orang pelajar satu kumpulan dan kumpulan yng sama terdiri daripada kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah untuk bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk melaksanakan rangkaian kolaborasi sesama pelajar ketika berada di dalam kelas. Selain itu, dengan susunan meja PAK-21, golongan pelajar yang lebih pintar di dalam kumpulan tersebut dapat membantu pelajar yang lemah dan pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT).
             Dalam sistem penyimpan rekod pula buku rekod khas seperti buku rekod maklumat kemasukan pelajar dan guru ke dalam bilik pembelajaran dan buku rekod kawalan kelas akan disediakan di bilik-bilik pembelajaran di sekolah. Dalam pengurusan rutin bilik pembelajaran pula terdapat empat rutin bilik pembelajaran yang dilaksanakan iaitu rutin kelas, rutin pentadbiran, rutin pembelajaran dan rutin interaksi.
            Dalam unsur interaksi dalam bilik pembelajaran, terdapat beberapa jenis interaksi yang diamalkan dalam bilik pembelajaran iaitu interaksi dua hala antara guru dan pelajar, interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar dan juga interaksi pelbagai hala guru dan pelajar. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar ialah guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dan bukannyan berpusatkan atau berpaksikan guru semata-mata. Manakala interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar ialah komunikasi dalam kalangan pelajar ketika proses pembelajaran berlangsung. Kepada interaksi pelbagai hala guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar pula ialah komunikasi pelbagai hala dalam kalangan pelajar dan guru ketika proses pembelajaran berlangsung.
            Mengurus iklim pembelajaran positif merupakan salah satu elemen dalam strategi pengurusan bilik pembelajaran. Mengurus iklim pembelajaran positif ialah suasana yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam mengurus iklim pembelajaran positif terbahagi kepada tiga suasana iaitu suasana fizikal, suasuana sosial dan suasana emosi. Dalam suasana fizikal, guru boleh menggunakkan alat bantu mengajar dan juga keadaan sekitar bilik pembelajaran yang ceria boleh memberi pengaruh kepada pembelajaran pelajar. Suasana emosi pula ialah emosi guru dan para pelajar di dalam kelas menberi kesan kepada pembelajaran pelajar. Sebagai contoh, suara guru yang jelas dan kuat, unsur humor yang terdapat pada guru dan penggunaan pujian boleh memberikan kesan yang lebih baik dalam pembelajaran.
            Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran di sesebuah sekolah akan memberi kesan dan mempengaruhi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, guru dan pelajar perlu saling bekerjasama untuk memastikan strategi pengurusan bilik pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

 Peta Minda



 Rujukan 
David Hodgson. (2012). Personality in the classroom. UK: Crown house publishing lrd.


Tom Hierck. (2017). seven keys to a positive learning environment in your classroom. United State of America: Solution Tree Press.

 Abas, H. (2012). Tahap, Amalan Dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-guru Sekolah
Menengah Daerah Segamat(Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
  



Tajuk 6: Pengurusan Sumber

Tajuk 6: Pengurusan Sumber


Pengurusan ialah satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan  dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurusan sumber pembelajaran bukan sahaja dapat merancangan dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini selaras dengan keperluan kukurikulum serta memenuhi keperluan warga sekolah malahan ia juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunanaan individu atau kumpulan. Di samping itu, pengurusan sumber pembelajaran dapat memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat. Selain itu, pengurusan sumber pembelajaran menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi dan juga dapat menyalin perkongsian pintar dan rangkaian strategi dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
            Dalam pengurusan sumber pembelajaran juga terdapat 3 elemen yang penting, iaitu ruang, teknologi dan kandungan. Pengurusan sumber pembelajaran perlu menyediakan infrastrutur seperti pengudaraan dan percahayaan yang mencukupi serta meyediakan suasana pembelajaran yang selesa berteraskan resourse-based learning. Manakala dengan adanya teknologi dengan gabungan capaian internet dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran peribadi dan menggalakkan murid bermain, meneroka dan menyelidik secara lebih mendalam. Untuk kandungan, disebabkan pengurusan sumber sekolah abad ke-21 mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid. Oleh itu, koleksi bahan yang bersesuaian perlu disediakan mengikut keperluan kurikulum.
            Untuk guru pengurusan sumber terbahagi kepada 4 iaitu pengurusan dan pentadbiran, organisasi bahan, galakan membaca dan literasi maklumat. Dengan adanya pengurusan sumber pembelajaran, ia  akan memudahcara perancangan dan pembelajaran(P&P) dan dapat menyedia dan mempromosi bahan bacaan berkualiti supaya murid kekal dan seronok membaca. Bukan ini sahaja, ia juga dapat menampung perbezaan dalam gaya P&P melalui penyediaan dan kesaksamaan akses kepada pelbagai bahan, sama ada cetak, bukan cetak dan digital. Di samping itu , pengurusan sumber sekolah juga menyediakan guru yang mempunyai akses kepada maklumat kukurikulum dan bahan-bahan dan di luar sekolah. Dengan ini, pengurusan sumber sekolah dapat peluang untuk bekerjasama meracang dan menilai program pembelajaran yang mengintegrasikan sumber.
            Kesimpulannya, pengurusan sumber bukan sahaja menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu kepada guru dan murid-murid di sekolah. Manakala pengurusan sumber memperbanyakkan bahan-bahan ilmiah di dalam pusat sumber agar murid-murid mendapat info yang terbaru dan terkini. Selain itu, ia juga memantapkan lagi sistem pengurusan pusat sumber agai lebih sistematik dan tersusun. 

 Peta Minda





 Rujukan 
Boon, Y., & Selemin, R. (2010). Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam

Pengajaran Guru Di Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai.

Shamila Mohamed Shuhidan, Shahrom TM Sulaiman, Ahmad Nadzri Mohamad,
Tengku Adil Tengku Izhar, & Siti Arpah Noordin. (2017). Pusat sumber
maklumat dalam era digital. Shah Alam: Im Books Everthing.

Tengku Adil Tengku Izhar, Shahrom TM Sulaiman, Ahmad Nadzri Mohamad, Siti
Arpah Noordin, & Shamila Mohamed Shuhidan. (2017). Transformasi Pusat
Sumber sekolah pada alaf baru. Shah Alam: Im Books Everthing.

Program Perantis Guru 1 (PPG 1) - My Experience

Hi , everyone, thank you and welcome to my blog. Today i want talk about my experience when i go for PPG 1 22/01/2019  I go PPG 1 , befo...