Pengurusan murid pelbagai upaya ini sangat penting di dalam sesebuah sekolah kerana ia merupakan salah satu unit pengurusan pembelajaran. Pengurusan murid ini penting kerana ia membantu sekolah dalam menguruskan setiap murid tidak kira murid tersebut dalam pendidikan khas ataupun tidak. Sebagai contoh kaedah pengurusan murid yang dijalankan di sekolah bagi pelajar yang lemah dalam menguasai 3M iaitu mengira, membaca dan menulis seperti menyediakan kelas pemulihan, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Keberkesanan menggunakan kaedah sebegini mungkin tidak menyeluruh tetapi sedikit sebanyak membantu pelajar yang lemah ini dalam pelajaran mereka. Antara kaedah lain yang digunakan di sekolah untuk menguruskan pelajar seperti melalui pengurusan rekod dan motivasi murid. Melalui pengurusan rekod, pihak sekolah dapat menilai kehadiran, disiplin, penilaian dan kokurikulum setiap murid. Dari pengurusan rekod inilah, sekolah dapat mengenalpasti murid-murid yang lemah dari segi pelajaran mereka. Fungsi motivasi murid ini pula adalah untuk mwmbangkitkan minat murid, menarik perhatian mereke dan juga merupakan nilai persaingan atara sesama murid. Motivasi murid ini terbahagi kepada dua iaitu insentif dan motif. Insentif disampaikan secara ekstrinsik atau melalui markah, gred, atau penghargaan. Melalui cara ini, murid akan lebih bermotivasi untuk terus memperoleh kecemerlangan. Motif pula merupakan penggerak, bertindak atau mengarah tingkah laku.
Pengurusan murid ini juga merupakan satu kesediaan murid belajar tidak kira dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap pelajar mempunyai kemampuan dan kekurangan yang berbeza-beza. Setiap kelompok murid yang lemah memerlukan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka
dapat diatasi secara berperingkat (Berita Harian, 2009). Sebagai contoh, pelajar yang lemah menguasai 3M selalunya mempunyai masalah hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap pembelajaran. Jadi salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan menggunakan alat muzik dalam proses P&P. Dengan adanya pengurusan murid yang baik dan sistematik di sekolah secara tidak langsung dapat membantu murid-murid yang lemah di sekolah.
pengurusan murid pelbagai upaya ini juga salah satu cara membantu murid-murid dalam pendidikan khas. Murid-murid dalam pendidikan khas sama ada yang mengalami kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted) perlulah diutamakan dan tidak dipinggirkan oleh mana-mana pihak. Dengan tertubuhnya sekolah pendidikan khas, secara tidak langsung membantu setiap murid yang kelainan upaya ini untuk menjalani kehidupan mereka sama seperti murid-murid yang lain dan bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas iaitu pendidikan khas ini merupakan satu usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara. Antara inisiatif yang telah dijalankan untuk membantu murid berpendidikan khas (pekak) dalam pelajaran seperti pendekatan bahasa isyarat orang pekak (BIOP). BIOP menggunakan
isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada murid pekak (Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 2004).
Akhir sekali, pengurusan murid ini juga dapat dijalankan dengan sebaiknya sekiranya pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat turut bersama-sama bekerjasama dalam menjayakannya. Peranan ibu bapa khususnya amat penting dalam membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran kerana kebanyakkan pelajar yang lemah dalam pelajaan ini kebanyakkannya mempunyai masalah dari sudut pemakanan, kesihatan dan persekitaran mereka. Dengan adanya sokongan dan dorongan yang baik daripada ibu bapa dapat membantu sedikit sebanyak perkembangan murid-murid yang lemah tersebut. Guru-guru juga harus menilai murid-muridnya dari segala aspek untuk memudahkan sesi p&p dan hasilnya serta membantu dalam penyelesaian masalah dalam kalangan murid-murid.
Peta Minda
Rujukan
Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed. (2004). Penguasaan bahasa melayu dalam kalangan
murid pekak : suatu sorotan dari perspektif linguistic. Jurnal Bahasa, 4(4), 639. Diperoleh
daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22983/2_Penguasaan_Bahasa_Melayu_dalam_Kalangan_Murid_Pekak.pdf
Khairina Yasin. (2009, November 3). Penguasaan 3M ; laksana pelbagai kaedah P&P ikut kategori
murid. Berita Harian, 22. Diperoleh daripada
Rao, V.K. (2002). Special Education. New Delhi: S.B. Nangia, A.P.H Publishing Corporation.
No comments:
Post a Comment