Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan murid kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif juga dimaksudkan dengan tingkah laku bermasalah. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu dan merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah
Disiplin dapat ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan yang dapat diterima oleh masyarakat. Disiplin ialah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada pelajar bagi mengawal tingkah laku agar tingkah laku yang diinginkan dapat dicapai. Pengurusan tingkah laku membawa makna satu rancangan dalam modifikasi tingkah laku bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan menggunapakai teknik yang seusia. Guru memainkan peranan penting dalam pengurusan tingkah laku dan disiplin. Seorang guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya secara jitu dan padu kepada pengetua supaya masalah salah laku dan disiplin dapat dikawal dan dibanteras. Konteks memberikan kerjasama yang jitu dan padu ini termasuklah mengawal bilik darjah serta mengawasi disiplin murid-murid di sekitar sekolah dan juga ketika kegiatan-kegiatan rasmi yang berlansung sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.
Dalam menguruskan tingkah laku dan disiplin, terdapat beberapa teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan dan dilaksanakan. Antaranya ialah peneguhan, dendaan, ‘times out’, ‘reverse psychology’, ‘shaping’, token ekonomi dan kontrak lisan atau bertulis. Peneguhan terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Lazimnya, peneguhan positif ini berbentuk ganjaran dan akan menggembirakan si penerima. Selain itu, peneguhan negatif ini bertindak sebagai penghalang kepada tingkah laku yang tidak diingini serta mengelakkan tindakan yang diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Tingkah laku biasanya berulang kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan dan menyakitkan.
Selain itu, dendaan biasanya dilaksanakan bagi memberi pengajaran dan menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Namun begitu, terdapat impaks negatif daripada teknik dendaan ini seperti murid yang dikenakan denda berpotensi untuk memberontak dan membenci guru yang mengenakan denda. Teknik modifikasi tingkah laku secara ‘reverse psychology’ pula dilaksanakan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Di samping itu, ‘shaping’ ialah proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan. Token ekonomi juga salah satu teknik modifikasi tingkah laku yang dilaksanakan secara bersistem untuk membahagikan beberapa peneguhan simbolik yang akan ditukarkan kepada peneguhan yang didiidamkan seperti merit, markah dan peratus. Teknik modifikasi tingkah laku yang seterusnya ialah kontrak yang boleh dilaksanakan secara lisan atau bertulis. Contohya, membuat kontrak formal dengan pengetua dapat meyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan.
Pengurusan tingkah laku dan disiplin memainkan peranan yang penting demi keharmonian dan keamanan pihak sekolah. Masalah tingkah laku dan disiplin ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ianya boleh disebabkan oleh faktor rakan sebaya, faktor keluarga, kesedaran pelajar, agama, teknologi dan perkauman. Langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan tingkah laku dan disiplin. Pihak sekolah juga memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah tingkah laku dan disiplin ini. Bimbingan kaunseling, program motivasi dan ceramah boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk membanteras masalah tingkah laku dan disiplin. Ibu bapa juga haruslah memberikan perhatian yang secukupnya terhadap anak anak. Jenis-jenis salah laku devian ada empat iaitu inovasi, undur, ritual dan menentang. Akhir sekali, pengurusan tingkah laku ini haruslah diberi perhatian kerana pelbagai kesan buruk akan terjadi jika sekiranya tiada pengawasan tingkah laku dan disiplin.
Khalim Zainal. (2014). Pengurusan disiplin murid. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Mohamad Shakel Hamid. (2017, Julai 12). Tangani masalah disiplin secara bersepadu.
Utusan. Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tangani-masalah-disiplin-secara-berse padu-1.501603
Muhammad Faizal A. Ghani. Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu &
Kenayatullah. (2017). Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan
luar bandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1), 7-
24. Diperoleh daripada http://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282
No comments:
Post a Comment