Tajuk 1: pengurusan pembelajaran dalam pengajaran
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan ialah “Mengurus sesuatu atau mengurus keadaan”. Manakala, definisi pembelajaran bermaksud “Sesuatu proses atau kegiatan belajar.” (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Menurut Nurlia Mohamad (2012) Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar.
Kepentingan Pengurusan Pembelajaran
1. Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
2. Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
3. Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan
KONSEP MENGURUS PEMBELAJARAN
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah :
1. Merancang
a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.
b) Merancang pemeringkatan isi pelajaran.
c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
e) Merancang bahan-bahan pengajaran
f) Merancang aktiviti kumpulan.
g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.
h) Merancang aktiviti penilaian.
2. Mengelola
a) Mengurus rutin bilik darjah.
b) Mengurus aktiviti murid
c) Mengurus bahan-bahan pelajaran.
d) Mengurus disiplin bilik darjah.
e) Mengurus aktiviti kumpulan.
f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.
g) Mengurus aktiviti penilaian
3. Mengawal
a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
b) Mengawal aktiviti kumpulan.
c) Mengawal murid bermasalah peribadi.
d) Memastikan maslah disiplin tidak timbul.
e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.
4. Mengarah
a) Mengarah murid menjawab soalan guru
b) Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis.
c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah .
e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.
Proses dan Kepentingan
Ø Persediaan rancangan kerja
Ø Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Ø Fungsi pelaksanaan pelajaran
Ø Kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran
Persediaan Rancangan Kerja
- Membuat perancangan sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH)
- Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah.
- Penyediaan buku rekod dan jadual
- Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
- Bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalan proses P&P
- Penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.
- Buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.
Rumusan
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai dan juga penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan dunia.
Peta Minda
Rujukan
Nurlia Mohamad (2012). Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolahkebangsaan di
daerah Kota Tinggi, Johor. Jurnal Pendidikan Kementerian PendidikanMalaysia, 3, 33-39.
Rahimah Abdul Rasid , & Hamdan Said. (2011). Amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah. 59. Jurnal Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia,3, 40-59.
Ibrahim, N., Yusoff, M., & Ghazali, N. (2017). MULTIMEDIA INTERAKTIF
MEMPERTINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS BAHASA
MELAYU PENGURUSAN (SBLM 1053) DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA. Proceedings Of The ICECRS, 1(1). doi: 10.21070/picecrs.v1i1.529
No comments:
Post a Comment